


Puan Suzila Umar, tekun mengikuti sepanjang webinar berlangsung dari rumah beliau.
Webinar NADI x Cybersecurity bertajuk “SIM Swap: Ancaman Siber Kepada Usahawan” telah diadakan pada 18 September 2025 (Khamis) secara dalam talian melalui platform Zoom. Program anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama Cybersecurity ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang bahaya serangan SIM Swap, cara pencegahan serta kesannya terhadap perniagaan.
Webinar yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu turut menampilkan demo langsung serangan SIM Swap, perkongsian langkah mudah elak serangan, serta sesi soal jawab bersama peserta. Sasaran utama adalah usahawan PKS, peniaga media sosial, dropship, agen dan usahawan home-based.
Setiap peserta menerima E-Sijil penyertaan, sekali gus menjadikan program ini sebagai usaha berterusan dalam memperkasakan keselamatan digital komuniti usahawan.
🛡 “Kenali, Waspada & Lindungi Diri di Alam Digital.”