SELAMAT DATANG KE PORTAL
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)
PEKAN IJOK
– PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA PEKAN IJOK –
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Ijok mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
PEDi Pekan Ijok dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
– MAKLUMAT PENGENAI PUSAT EKONOMI DIGITAL –
PEDi adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PEDi yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat.Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalur lebar, PEDi juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di PEDi tersebut.Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat adalah inisiatif Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dilaksanakan bagi mencapai objektif utama berikut.
Objektif Pusat Ekonomi Digital
1 – Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan
2 – Meningkatkan penggunaan ICT di kalangan komuniti ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat
3 – Merapatkan jurang digital.
– JUMLAH KEAHLIAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA PEKAN IJOK –
| TARIKH BEROPERASI | 08.MEI.2017 |
| JUMLAH KEAHLIAN | 579 ORANG |
| FASA | TELEPHONY 4 |
FACEBOOK : Facebook PEDi Pekan Ijok
