
NADI Kesejahteraan Kendiri melancarkan pertandingan video pendek “MY Inspirasi Sihat” dimana semua ahli NADI dan petugas NADI seluruh negara layak untuk menyertainya. Pertandingan ini berlangsung selama 3 bulan bermula 11 November 2025 sehingga 28 Februari 2026.
Dengan hadiah terkumpul sebanyak RM 15,000, video yang terpilih berpeluang menjadi antara 10 pemenang bulanan untuk tiga bulan (November, December dan Januari), pilihan penonton (likes terbanyak di Youtube Studio Sihat) dan juga tempat pertama, kedua dan ketiga. NADI yang menghantar penyertaan terbanyak juga berpeluang membawa pulang RM2000.
CARA PENYERTAAN
1. Baca terma dan syarat pertandingan video pendek di link ini: Terma dan Syarat MY Inspirasi Sihat
2. Hantar penyertaan melalui link ini: Pendaftaran MY Inspirasi Sihat
3. Tunggu video dimuat naik ke Youtube Studio Sihat, like dan kongsikan video tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai pertandingan video pendek ini, boleh hubungi kami di whatsapp NADI Kesejahteraan Kendiri, 017-494 3997.
Sekian, Semoga Berjaya!
Salam hormat,
NADI Kesejahteraan Kendiri