mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital

elina rahim

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET KOMUNITI.

Pusat Internet merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : 

Pusat Internet Komuniti Ijok menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

1. Pengenalan asas komputer.

2. Asas internet.

3. Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang.

4. Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan).

5. Latihan keusahawanan.

Kini, Pusat Internet Komuniti Ijok telah menawarkan pembelajaran secara dalam talian iaittu E-Tuisyen dengan bayaran sebanyak RM5 bagi satu matapelajaran.

JUMLAH KEAHLIAN : 

Pusat Internet Pekan Ijok telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 8 Mei 2017. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

Ahli lama 577
Ahli baru bulan Ogos 2023 2
Jumlah keseluruhan 579

 

KENALI PETUGAS PUSAT INTERNET :

Untuk menjadi petugas Pusat Internet, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Internet. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.Kenali kami : 

 

PENGURUS

Nama : ELINA BINTI RAHIM

Mula berkhidmat : 5 Januari 2020

 

 

PENOLONG PENGURUS

faiza muslih

Nama  : NOR FAIZA BINTI MOHD MUSLIH

Mula berkhidmat : 22 OGOS 2020