mcmc
KeusahawananKeusahawananKisah KejayaanUtama

Kisah Kejayaan Puan Suzila Umar: Kreatif, Digital Celik IT dan Berani Meneroka Teknologi

Puan Suzila Umar, seorang usahawan wanita berumur 44 tahun, sebelum ini menjalankan perniagaan kecil “Surprise Delivery” serta menghasilkan kraf tangan Decoupage secara sambilan dari rumah. Walaupun bermula dari perniagaan kecil, semangat beliau untuk belajar dan mencuba perkara baharu sentiasa tinggi. Segalanya bertambah berkembang apabila beliau menyertai Kursus Dalam Talian “Ikon Usahawan” Cohort 1 anjuran NADI Pekan Ijok, yang memberi pendedahan kepada pemasaran digital, branding perniagaan, pengurusan pelanggan serta bimbingan untuk mengenal pasti potensi unik diri.

Berbekalkan kreativiti dan kemahiran seni halus, Puan Suzila telah berjaya meneroka bidang baharu sebagai Food Replica Maker / Artisan Makanan Replika, menghasilkan model makanan tiruan yang sangat realistik untuk pameran kafe, restoran, dan gerai makanan tempatan. Namun, yang lebih menonjol kini adalah kemahiran digital dan AI beliau. Puan Suzila menguasai pelbagai aplikasi AI seperti Canva, ChatGPT, dan alat digital lain untuk menghasilkan poster, iklan dan kandungan kreatif bagi mempromosikan perniagaan sendiri. Kemahiran ini bukan sahaja meningkatkan visibiliti dan tarikan pelanggan terhadap produk beliau, malah beliau turut membantu peniaga kecil lain menggunakan AI untuk menghasilkan bahan promosi digital yang menarik dan profesional.

Selain itu, pengalaman ini telah menjadikan Puan Suzila lebih berani menggunakan komputer dan teknologi dalam kehidupan seharian, membuka peluang untuk meneroka ilmu baharu dan terus meningkatkan kemahiran diri dalam dunia keusahawanan digital. Kejayaan beliau membuktikan bahawa kombinasi kreativiti, semangat belajar, dan penguasaan teknologi mampu membuka pintu kejayaan yang lebih luas. NADI Pekan Ijok berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan transformasi Puan Suzila.