
Muhammad Ezzul Al Aa’la, seorang pelajar berusia 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, telah menunjukkan potensi luar biasa selepas menyertai Program Tiny Techies 2025 yang berlangsung di NADI Pekan Ijok. Program ini merupakan inisiatif di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat, yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada bidang STEM dalam kalangan generasi muda.
Sebelum ini, penggunaan internet oleh adik Ezzul lebih tertumpu kepada permainan video dan menonton kandungan hiburan. Namun, selepas mengikuti program ini, beliau mula menunjukkan minat mendalam terhadap dunia robotik dan teknologi, malah semakin gemar meneroka pelbagai aplikasi ilmu digital.
Perubahan positif ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan lebih ramai pelajar celik teknologi yang mampu bersaing dalam era Revolusi Industri 4.0. Kisah kejayaan adik Ezzul membuktikan bahawa pendedahan awal yang tepat mampu mencetuskan minat dan bakat yang selama ini terpendam dalam diri kanak-kanak seusia beliau.
NADI Pekan Ijok berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan awal beliau ke arah masa depan yang lebih cemerlang dalam bidang sains dan teknologi.