Kisah Kejayaan

Keusahawanan Q4 2018 – Mengambil Tempahan Jahitan (Boutique Chalet)

Nama 

Rudiana binti Mat Hassan

Umur  41 Tahun
Alamat

Lot 1474, Simpang 3 Ijok 45600 Bestari Jaya.

 

Latar Belakang

Puan Rudiana binti Mat Hassan merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Dengan minat ynag ada pada dirinya tentang jahitan, beliau menjalankan perniagaannya dirumah dengan mengambil tempaha jahitan pelbagai jenis baju. Beliau sudah ceburi bidangjahitan ini selama 15 tahun dna mula mengambil tempaha jahitan pada 2003. Beliau juga ada mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya memberitahu mengenai tempahan jahitannya kepada saudara maranya dan rakan terdekat. Pada ketika itu, beliau hanya mengambil tempahan baju kurung dan baju melayu sahaja. Disebabkan ketika itu, beliau hanya mengetahui asas jahitan dua jenis baju itu sahaja. Dan beliau tidak mahu mengambil risiko untuk mengambil tempahan yang banyak. Dalam pada masa yang sama, beliau mula terifkir perlu memperluaskan perniagaannya itu. Beliau mula mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan untuk menambahkan lagi kemahiran jahitan beliau untuk menjahit pelbagai jenis baju yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, kini beliau mempromosikan perniagaan jahitan beliau melalui hebahan di WhatsApp, Facebook dan menggunakan kaedah yang lain. Tempahan jahitan beliau kini bukan sahaja mendapat perhatian daripada orang orang yang terdekat sahaja, malah orang lain juga turut membuat tempahan jahitan kepada beliau. Kini, beliau membuka tempaha jahitan pelbagai jenis baju seperti baju kurung moden, jubah dan fesyen mengikut permintaan pelanggan. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan dan turut menyertai kelas/aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Pekan Ijok. Dengan adanya maklum balas yang positif daripada pelanggannya,dapat meningkatkan lagi kepercayaan untuk menempah pelbagai jenis baju kepada beliau.

____________________________________________________________________________________________________