Kisah Kejayaan

Keusahawanan Q3 2018 – Milah Kitchen

Nama 

Zamilah Binti Zainal Abidin

Umur  40 Tahun
Alamat

No 12, Lorong Purnama 3, Taman Purnama, Rantau Panjang, 45600 Bestari Jaya, Selangor

 

Latar Belakang

Puan Zamilah merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Dalam pada masa yang sama, beliau ingin membantu suaminya untuk mencari pendapatan sampingan dengan menceburi bidang perniagaan. Dengan minat yang ada untuk berniaga, Puan Zamilah mengambil peluang yang ada untuk menjalankan perniagaan sendiri di rumah dengan bermodalkan RM300.00 sahaja. Kini, beliau sudah menjalankan perniagaan selama empat tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum beliau memperluaskan perniagaan, Puan Zamilah hanya mempromosikan perniagaannya kepada saudara-mara, kawan-kawan dan penduduk taman terdekatnya. Pada ketika itu, beliau hanya menjual aiskrim dan beberapa jenis kuih raya sahaja. Beliau cuba untuk menambahkan pelbagai barangan yang hendak dijual untuk menarik perhatian orang ramai. Dengan penambahan barangan yang lain, beliau tidak menyangka bahawa sambutan sangat memberansangkan daripada orang ramai untuk membeli barangan yang dijual oleh beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, beliau mempromosikan perniagaan beliau di Facebook dan mengedar risalah dari rumah ke rumah, Beliau sangat berpuas hati dengan perniagaan nya kerana bukan orang terdekatnya sahaja yang mengetahui kewujudan perniagannya malah orang luar juga turut membeli pelbagai barang jualannya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di  Pusat Internet Pekan Ijok untuk mempromosikan perniagaannya. Dengan adanya testimoni pelanggan yang positif, dapat meningkatkan lagi kepercayaan pembeli. Kini beliau menawarkan khidmat hantar ke rumah untuk memudahkan lagi urusan para pelanggannya.

____________________________________________________________________________________________________