Kisah Kejayaan

Keusahawanan Q1 2019 – Tudung Saji Bereben

Nama 

Nor Raini binti Tomiran

Umur  45 Tahun
Alamat

724 jalan kubur batu 8 ijok

 

 

Latar Belakang

Puan Nor Raini binti Tomiran merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Dalam pada masa yang sama beliau berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan untuk mengisi masa lapang dan untuk menambah pendapatan sampingan untuk membantu suaminya. Puan Nor Raini sudah terlibat dalam membuat tudung saji bereben dengan hasil tangannya sendiri selama 1 tahun

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum beliau memperkenalkan produk hasil tangannya sendiri di media sosial, Puan Nor Raini hanya memaklumkan perniagaan beliau pada rakan rakan terdekatnya sahaja. Beliau akui jika tidak mencukupi ilmu untuk memasarkan produk di media sosial pasti tiada mendapat sambutan orang ramai. Jadi Puan Nor Raini mengambil keputusan untuk memperluaskan perniagaan beliau dengan mengikuti kelas perniagaan untuk menambah serba sedikit ilmu pemasaran perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang diperolehi, Puan Nor Raini mula mempromosikan  produk tudung saji bereben di Facebook. Beliau mengikut apa yang dipelajari ketika mengikuti kelas perniagaannya ketika itu, dan secara tidak langsung perniagaannya mendapat sambutan orang ramai setelah mempromosikan produknya di media sosial dan ada yang mula menempah tudung saji bereben beliau. Dengan sambutan yang memberangsangkan, beliau berfikir untuk menambahkan lagi design yang menarik dan membuat cash on delivery (C.O.D) untuk kawasan yang berdekatan untuk kepuasan pelanggannya.

 

____________________________________________________________________________________________________