Kisah Kejayaan

Keusahawanan Q1 2018 – Jualan Produk Kosmetik DYXY

Nama 

Puteri Najihah binti Ismail

Umur  25 Tahun
Alamat

Lot 416 Jalan Hj Abdul Manan Kg Bukit Badong

 

 

Latar Belakang

Cik Puteri Najihah binti Ismail berumur 25 tahun berasal daripada Kg Bukit Badong Ijok. Beliau merupakan lepasan degree di Universiti Malaysia Terenganu dalam bidang Sains dan Matematik. Disebabkan amat meminati dalam dunia perniagaan, beliau memutuskan untuk menjadi Agent Produk Kosmetik DYXY. Beliau telah mula berkecimpung untuk menjadi Agent bermula pada bulan Ogos 2017.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum beliau menggunakan online platform sebagai mempromosikan produk kosmetik, beliau hanya memperkenalkan perniagaannya kepada jiran tetangga dan rakan terdekat. Untuk memastikan perniagaannya terus berjalan dan dikenali oleh orang ramai serta berkembang maju, beliau mempromosikan produk kosmetiknya melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dari rumah ke rumah. Beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah mempraktikkan ilmu yang di beri, produk kosmetik beliau semakin dikenali oleh orang ramai dan secara tidak langsung beliau mendapat pelanggan tetap untuk membeli produk kosmetik tersebut.  Beliau sering menggunakan perkhidmatan di  PI1M Pekan Ijok untuk mempromosikan pernigaannya. Bagi menarik perhatian pelanggan beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran terus (C.O.D) dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan. Dengan adanya testimoni positif daripada pelanggannya, yang telah dimuatnaik oleh beliau pada laman Facebooknya sendiri, banyak meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan untuk mencuba dan membeli produk kosmetik daripada beliau.

 

____________________________________________________________________________________________________