
Tarikh: Khamis, 10 Julai 2025
Masa: 5.00 – 6.00 petang
Lokasi: Siaran langsung dari Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Terengganu
Platform: YouTube Studio NADI Mahir
Penceramah Jemputan: Chef Florence Tan
Sinopsis Program:
Kelas Eksklusif Mahir Masak kali ini membawakan sesi istimewa bersama Chef selebriti Florence Tan, yang berkongsi resepi tradisional Sotong Masam Manis berinspirasikan masakan nyonya. Program ini disiarkan secara langsung dari lokasi ikonik Pasar Kedai Payang, memberikan pengalaman yang lebih autentik dan menarik kepada penonton.
Sepanjang sesi selama satu jam, Chef Florence menunjukkan langkah demi langkah penyediaan hidangan, bermula dari pemilihan bahan segar hinggalah ke teknik masakan dan penyajian. Gabungan rasa pedas, manis dan masam menjadikan resepi ini sesuai bukan sahaja untuk hidangan keluarga, tetapi juga berpotensi untuk jualan makanan premium.
Objektif Program:
- Memperkenalkan masakan tradisi dalam bentuk interaktif dan mudah diikuti.
- Menggalakkan penyertaan usahawan wanita dan suri rumah dalam bidang kulinari.
- Menyediakan platform pembelajaran percuma secara dalam talian untuk semua lapisan masyarakat.