mcmc
KeusahawananKeusahawananKisah Kejayaan

Kejayaan Nor Raini Binti Tomiran Melalui Kursus NADI Mahir Jahit

Nor Raini Binti Tomiran, seorang suri rumah sepenuh masa berusia 51 tahun, merupakan salah seorang peserta yang berjaya menamatkan Kursus NADI Mahir Jahit (Pembelajaran Sepanjang Hayat) yang ditawarkan di NADI Pekan Ijok. Dengan latar belakang tanpa sebarang pengetahuan dalam bidang jahitan mahupun pembelajaran dalam talian sebelum ini, beliau mengambil inisiatif untuk menyertai kursus tersebut demi mengasah minat serta menambah pendapatan keluarga.

Kemudahan lengkap yang disediakan oleh NADI seperti ruang pembelajaran yang selesa, peralatan yang mencukupi serta capaian internet yang baik telah membolehkan beliau mengikuti kelas jahitan dalam talian dengan lancar. Melalui usaha gigih dan bimbingan yang diterima, beliau berjaya menyiapkan hasil pertamanya iaitu sehelai apron, sesuatu yang tidak pernah beliau bayangkan mampu dilakukan secara dalam talian.

Kejayaan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan kemahirannya apabila beliau mula menerima tempahan daripada rakan-rakan, seterusnya menjadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan. Kisah Nor Raini membuktikan bahawa peluang pembelajaran sepanjang hayat mampu membuka ruang baharu kepada individu untuk menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan tanpa mengira usia.

RINGKASAN KISAH KEJAYAAN PUAN NOR RAINI NADI MAHIR JAHIT DI NADI PEKAN IJOK