
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa webinar NADI e-Sukan bagi bulan April 2026 akan diadakan dengan tajuk Compositing & Editing, yang akan disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy, penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi dan pembangunan visual.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai asas compositing dan editing, termasuk teknik penyusunan visual, penggabungan elemen, aliran suntingan serta proses akhir dalam menghasilkan kandungan animasi dan video yang lebih kemas dan profesional.
Butiran Kelas
Tarikh: Sabtu, 25 April 2026
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Lokasi: Google Meet
🔗 Link 1: https://meet.google.com/cgk-cmre-tcx
🔗 Link 2: akan diberi melalui kumpulan Whatsapp sekiranya Link 1 telah penuh
Penceramah: Encik Faizal Hakimmy
Manfaat Penyertaan
• Memahami asas compositing dan editing
• Mempelajari teknik penggabungan elemen visual
• Pendedahan kepada aliran suntingan dan proses akhir produksi
• Sesuai untuk peserta kreatif, animasi, kandungan digital & e-sukan
• Sijil penyertaan disediakan
Peraturan Kelas (WAJIB DIPATUHI)
• Mikrofon hendaklah dalam keadaan mute sepanjang sesi kecuali apabila diberi ruang untuk bercakap
• Ruangan chat hanya untuk perkara berkaitan
• Peserta yang mengganggu sesi akan dikeluarkan dan tidak layak menerima sijil
Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua petugas NADI.