- This event has passed.
SCAM 3 SERANGKAI (CALL, SMS & TAC)

Lindungi Diri Anda: Seminar Kesedaran Bahaya Scammer Anjuran NADI-SAFE
Dalam dunia digital masa kini, jenayah siber semakin berleluasa. Ramai individu menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam) yang bukan sahaja melibatkan kerugian wang ringgit, tetapi juga kebocoran maklumat peribadi yang penting. Menyedari hakikat ini, NADI – SAFE telah menganjurkan satu webinar kesedaran mengenai bahaya scammer baru-baru ini bagi mendidik masyarakat tentang cara-cara untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Webinar ini memberi penekanan kepada kepentingan tidak berkongsi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, maklumat bank, kata laluan, dan butiran sensitif lain melalui telefon, mesej atau laman web yang tidak sah. Peserta turut didedahkan dengan taktik licik scammer yang sering menyamar sebagai pegawai bank, wakil syarikat, atau pihak berkuasa untuk memperdaya mangsa.
Sepanjang seminar, kami turut berkongsi langkah-langkah keselamatan digital seperti:
-
Memastikan laman web yang dilawati adalah sah dan selamat
-
Tidak mudah percaya pada mesej atau panggilan yang mendesak
-
Menggunakan kata laluan yang kukuh dan berbeza untuk setiap akaun
-
Melaporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa
Kehadiran dan respon yang memberangsangkan daripada para peserta menunjukkan betapa pentingnya program seperti ini dijalankan secara berterusan, terutama untuk golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia digital.
Kami di NADI akan terus komited untuk mendidik masyarakat, bukan sahaja dalam bidang keusahawanan digital, tetapi juga dalam aspek keselamatan siber. Marilah kita bersama-sama membina komuniti yang lebih bijak dan selamat dalam dunia atas talian.