mcmc
Aktiviti SemasaJadual AktivitiLaporan AktivitiPendidikan

DILEA Alumni Reunite – 2nd Session khas untuk alumni Guidance Tuition Tingkatan 5/2025.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak DILEA Tuisyen Rakyat akan menganjurkan sesi 2025 DILEA Alumni Reunite – 2nd Session khas untuk alumni Guidance Tuition Tingkatan 5/2025.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan memahami keseimbangan antara minat peribadi dan realiti dunia pekerjaan. Melalui sesi ini, pelajar akan dibimbing untuk menilai minat mereka serta memahami cabaran sebenar dalam dunia profesional bagi membantu mereka membuat perancangan masa depan yang lebih jelas dan realistik.

Maklumat Program

Tajuk: Minat vs Realiti

Sasaran Peserta:
Alumni Guidance Tuition Tingkatan 5/2025

Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 2.45 PM – 3.45 PM

Objektif Program

Melalui sesi ini, pelajar akan:

– Menilai minat peribadi berbanding peluang kerjaya sebenar
– Memahami cabaran dalam dunia pekerjaan
– Menyertai aktiviti refleksi diri dan interaktif bagi membantu menentukan hala tuju masa depan

Hasil daripada sesi ini, pelajar diharapkan dapat memahami dengan lebih jelas perbezaan antara minat peribadi dan realiti kerjaya serta lebih bersedia untuk membuat keputusan yang bijak bagi perancangan masa depan mereka.