mcmc
KeusahawananKeusahawananKisah Kejayaan

Dari Printing ke Inspirasi Komuniti – Kisah Mohamad Borhan bin Nordin

Mohamad Borhan bin Nordin, pengasas More Dream Resources yang beroperasi di Ijok Bestari Jaya, merupakan contoh usahawan muda yang berjaya memanfaatkan platform digital dalam mengembangkan perniagaan servis printing baju, merchandise dan produk berkaitan.

Beliau pernah mengikuti kursus biz 101, Ikon Usahawan NADI & Kursus Asas Shopee di NADI Pekan Ijok, yang menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam bisnesnya. Melalui bimbingan dan ilmu yang diperoleh, Borhan berjaya menggandakan pendapatan dan seterusnya membuka cabang baharu sebagai stokis besar sabun pencuci jenama Dozee.

Namun kejayaan itu tidak hanya dikaut untuk dirinya sendiri. Borhan turut menyumbang kembali kepada masyarakat dengan memberi kelas percuma yang dinamakan “Sekolah Cetak” berkaitan printing dan merchandise kepada mereka yang berminat — dengan harapan melahirkan lebih ramai usahawan baru dan pembuka peluang pekerjaan dalam komuniti.

Usahawan seperti beliau membuktikan bahawa kejayaan sebenar ialah apabila kita mampu berkembang bersama masyarakat. Usahawan berjaya bukan sekadar yang untung sendiri, tapi yang bangunkan komuniti bersama.