TARIKH & HARI | 11 Julai 2025 & Jumaat |
MASA | 10:30 pagi |
LOKASI | NADI Pekan Ijok |
BILANGAN PESERTA | 2 Orang |
Pada 11 Julai 2025, NADI Malaysia telah menganjurkan webinar percuma bersama Dr. Gan Sin Yin, Pakar Kanak-Kanak dari HSAAS UPM. Webinar ini bertujuan memberi kefahaman kepada ibu bapa mengenai jadual imunisasi anak Malaysia, menjawab persoalan mengenai keselamatan vaksin, dan menekankan kepentingan mengikuti jadual suntikan lengkap.
Webinar ini disiarkan secara langsung melalui Google Meet, YouTube Studio Sihat dan Facebook Live NADI Malaysia, serta dihadiri oleh ramai ibu bapa yang aktif bertanya soalan dan berinteraksi.

