mcmc
Aktiviti SemasaLaporan AktivitiUtama

BELAJAR KAWAL MARAH DENGAN PAKAR

LAPORAN WEBINAR
“Tak Nak Jadi ‘Hulk’? Belajar Kawal Marah Dengan Pakar!”
📅 Tarikh: Selasa, 5 Ogos 2025
🕥 Masa: 10:30 pagi
📍 Platform: Google Meet (https://meet.google.com/tvt-jacd-uem)

Webinar ini telah berlangsung dengan jayanya bersama Dr. Ravivarma Rao Panirselvam, Pakar Psikiatri dari Hospital Miri, yang berkongsi secara santai namun mendalam tentang pengurusan kemarahan secara sihat dan berkesan.

Program ini memberi kesedaran bahawa emosi marah adalah normal, namun perlu dikawal dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan diri mahupun orang sekeliling. Antara perkara penting yang dikupas termasuk:

  • Punca-punca biasa yang mencetuskan kemarahan
  • Tanda-tanda amaran awal sebelum marah meledak
  • Teknik pengurusan emosi seperti bernafas dalam, ‘time-out’ dan komunikasi sihat
  • Kepentingan mendapatkan bantuan profesional jika perlu

Webinar turut mendapat sambutan baik daripada peserta yang berkongsi pengalaman dan bertanya soalan secara interaktif. Ramai menyatakan bahawa topik ini relevan dengan kehidupan seharian, terutamanya dalam menangani tekanan kerja, hubungan kekeluargaan dan cabaran sosial masa kini.

Program ini diakhiri dengan pesanan penting oleh Dr. Ravi:

“Marah bukan musuh kita. Tapi jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh jadi bom jangka.”