Dalam usaha membanteras penyebaran maklumat palsu di Internet, MCMC telah membangunkan AIFA (Artificial Intelligence Fact-check Assistant), sebuah chatbot pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI).Melalui AIFA, orang ramai boleh menyemak kesahihan maklumat dengan cepat, tepat dan mudah dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. AIFA boleh diakses menerusi laman web Sebenarnya.my dan aplikasi WhatsApp.AIFA merupakan sebahagian daripada inisiatif MCMC dalam memperkukuh ekosistem digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab demi memastikan rakyat Malaysia menerima maklumat yang sahih dan berwibawa.#MCMC #AIFA