Nama |
Nor Fazila binti Zahari |
Umur | 33 Tahun |
Latar Belakang
Puan Nor Fazila binti Zahari merupakan seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak.. Bagi menambahkan pendapatan keluarga , beliau mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan menjual pelbagai makanan . Namun begitu, pada tahun 2018, beliau telah mengambil keputusan untuk menjual burger secara serius bersama adik lelakinya dan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum mengunakan aplikasi ict dan secara talian beliau hanya menghebahkan dan menjual burger melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan , saudara-mara dan penduduk kampong dan taman berdekatan rumah beliau. Beliau merasakan perlu melakukan sesuatu agar perniagaan burger crispy yang beliau jual lebih mendapat sambutan dan dikenali lebih ramai orang serta mendapat banyak tempahan. Bagi meningkatkan jualan beliau telah banyak berfikir dan berikhtiar serta mengeluarkan kos bagi melariskan produk tersebut. Akhirnya , beliau telah didedahkan dengan promosi melalui facebook, Instagram, whatsapp dan pengedaran risalah dan beliau mengambil ilmu yang diajar dan mempraktikkanya dalam perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mempraktikkan ilmu yang telah diberikan beliau mula membuat iklan di facebook, Instagram, whatssap dan sebagainya. Beliau sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet Pekan Ijok untuk membuat promosi produk burger crispy yang terbaru ke dalam facebook . Maklumbalas dari pengguna dan pembeli adalah baik sekali dan sekaligus beliau mendapat banyak tempahan. Testimoni pelanggan yang di muat naik di laman facebook beliau banyak meningkatkan kepercayaan pembeli lain untuk mencuba pelbagai jenis burger yang beliau jual. Kini beliau banyak menggunakan media massa untuk mempromosikan perniagaan beliau kerana ia lebih banyak menguntungkan dan memberi kepuasan yang maksimum serta menjimatkan kos.
____________________________________________________________________________________________________