Nama |
Nazatul Nuraniza binti Khairul Amar |
Umur | 13 Tahun |
Latar Belakang
Nazatul Nuraniza binti Khairul Amar merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Adik Nazatul telah berdaftar untuk menjadi ahli Pusat Internet disebabkan ingin mempelajari dan mengikuti latihan asas ICT mingguan yang disediakan oleh Pusat Internet Pekan Ijok.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum ini, adik Nazatul hanya mengetahui untuk melayari Youtube sahaja dan adik Nazatul mengakui yang beliau juga tidak begitu mahir dengan kemahiran berkomputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menghadiri kelas dan latihan, adik Nazatul telah mahir mengendalikan komputer dengan baik dan boleh mencari maklumat yang betul di internet. Bukan itu sahaja, malah adik Nazatul begitu mahir dalam membuat latihan asas Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Selain itu, adik Nazatul juga telah mempelajari mengedit video online.
____________________________________________________________________________________________________