
Assalamualaikum wbt. & Salam NADI X Keusahawanan,
PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2025 – PENGAMBILAN COHORT KE-6
Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan telah pun membuka penyertaan Program Pencarian IKON USAHAWAN NADI 2025 bagi pengambilan COHORT KE-6. Kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan setakat ini. Sehubungan itu, kami ingin mengalu-alukan penyertaan daripada setiap NADI agar peluang berharga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Syarat-syarat Penyertaan :
1.Warganegara Malaysia
2.Berusia 18 – 60 tahun
3. Lelaki & Perempuan
4.Berdaftar sebagai Ahli NADI
5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh petugas NADI untuk tindakan selanjutnya:
Langkah 1
Setiap NADI diperlukan untuk mendaftar seramai 2 (mininum) peserta bagi Cohort 6 seperti maklumat di bawah:
NADIPRENEUR : 1 LELAKI ATAU 1 WANITA
EMPOWHER : 1 WANITA
menerusi pautan di bawah atau kod QR yang tertera pada poster Program seperti lampiran.
Borang pendaftaran seperti di pautan berikut : 👉 https://form.nadiusahawan.com/k-daftar-cohort
Langkah 2
Memastikan peserta memasukkan nombor telefon yang tepat dan aktif dengan aplikasi WhatsApp. Sertai kumpulan WhatsApp rasmi Cohort 6 bagi tujuan komunikasi seterusnya.
Pautan kumpulan WhatsApp rasmi Usahawan Cohort 6 : 👉 https://chat.whatsapp.com/L2drlNAeb1XG0rG3eIXKvL
Langkah 3
Selepas pendaftaran berjaya, peserta akan menerima pautan kandungan program melalui WA (nombor yang didaftarkan) & kumpulan WhatsApp rasmi. Peserta dan petugas NADI boleh merujuk kepada poster bagi aktiviti yang akan dijalankan.
*Makluman Penting
Penyertaan dari setiap NADI hanya akan diambil dari peserta yang berdaftar Cohort sahaja. Jika terdapat peserta yang mengikuti aktiviti tanpa daftar Cohort, sila daftarkan melalui pautan disediakan.
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN COHORT 5 : AHAD, 30 NOVEMBER 2025
Jika terdapat sebarang kemusykilan, boleh terus berhubung dengan Sekretariat NADI X Keusahawanan di talian berikut; 019-8070 383 / 013- 7040 383 / 011-3318 5470.
Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan khususnya para petugas NADI dalam menjayakan pengambilan peserta ini, amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.