Tajuk Program: Webinar NADI x Cybersecurity – SIM Swap: Ancaman Siber Kepada Usahawan
Tarikh: 18 September 2025 (Khamis)
Masa: 3:00 PM – 4:30 PM
Platform: Zoom (NADI seluruh negara)
Anjuran: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama Cybersecurity
Ringkasan Program
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama pihak Cybersecurity telah menganjurkan satu sesi webinar bertajuk “SIM Swap: Ancaman Siber Kepada Usahawan”. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan usahawan, khususnya golongan SMEs, peniaga media sosial, usahawan home-based, dropship dan agen jualan.
Objektif
- Memberi pendedahan tentang bahaya serangan SIM Swap terhadap perniagaan.
- Melatih usahawan mengenali tanda-tanda serangan dan cara pencegahan.
- Menjelaskan kesan sebenar SIM Swap, termasuk risiko kehilangan pelanggan, kebocoran data penting, dan penggodaman akaun perniagaan.
Pengisian Program
Peserta telah didedahkan dengan:
- Live Demo Eksklusif: Simulasi bagaimana serangan SIM Swap berlaku.
- Kaedah Pencegahan: Langkah praktikal mengelak serangan ini menjejaskan bisnes.
- Perbincangan Kesan: Penjelasan mendalam tentang implikasi SIM Swap kepada operasi dan reputasi perniagaan.
Setiap peserta turut menerima E-Sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan mereka.
Kesimpulan
Program ini berjaya meningkatkan kefahaman para usahawan mengenai ancaman SIM Swap serta pentingnya perlindungan siber. Dengan sokongan 1,099 pusat NADI yang menyediakan akses internet stabil, penganjuran webinar sebegini membuktikan usaha kerajaan dalam memperkasakan komuniti digital di seluruh negara.