mcmc
Aktiviti SemasaLaporan AktivitiUtama

📢 WEBINAR KHAS UNTUK WANITA-Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab

Satu webinar istimewa khusus untuk wanita telah berlangsung secara dalam talian pada 4 Julai 2025 (Jumaat) jam 10.30 pagi dengan tajuk penuh makna, “Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab”. Disampaikan oleh Dr Mumtazah binti Mohd Alauddin, Pakar Sakit Puan, HSAAS UPM.

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan wanita mengenai pentingnya perancangan keluarga secara bijak dan bertanggungjawab, tanpa menafikan rezeki anak sebagai anugerah Ilahi.

Antara topik yang dikupas dalam sesi ini termasuk:
🔸 Kepentingan kesihatan reproduktif
🔸 Pilihan kaedah perancangan keluarga
🔸 Peranan pasangan dalam membuat keputusan bersama
🔸 Menangani stigma dan salah faham masyarakat

Webinar ini telah memberi ruang kepada para peserta untuk bertanya soalan secara langsung, berkongsi pengalaman, dan membuka minda tentang hak serta tanggungjawab wanita terhadap kesihatan diri dan keluarga.

✨ Semoga perkongsian ini menjadi pencetus kesedaran bahawa merancang keluarga bukan bermakna menolak rezeki, tetapi satu langkah bijak demi masa depan keluarga yang lebih sejahtera.

PESERTA TEKUN MENDENGAR WEBINAR DALAM TALIAN DAN AKTIF DALAM SESI SOAL JAWAB.