mcmc
Aktiviti SemasaLaporan AktivitiUtama

🌟 FORUM MAHIR BERSAMA KOMUNITI (Intake Ke-2) 🌟

Sesi Forum Mahir Bersama Komuniti Intake Ke-2 yang berlangsung 05 Julai 2025 jam 9.30 pagi – 11.30 pagi secara dalam talian melalui Google Meet secara terbuka telah berjalan dengan lancar dan penuh informasi bermanfaat!

Forum ini telah membincangkan secara ringkas pelbagai program menarik di bawah inisiatif NADI X MAHIR, iaitu:

🔹 Mahir Masak
🔹 Mahir Jahit
🔹 Mahir Gajet
🔹 Mahir Foto
🔹 Mahir Pertanian Pintar

Program-program ini ditawarkan secara PERCUMA, terbuka kepada semua peringkat umur, dan dilaksanakan secara dalam talian mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak MAHIR.

📝 Cara Sertai Program MAHIR

Pihak NADI Mahir mengalu-alukan penyertaan komuniti yang berminat untuk meningkatkan kemahiran diri melalui program ini.
Untuk menyertai, peserta hanya perlu:

  1. Serahkan maklumat diri kepada petugas NADI terdekat sebelum 17 Julai 2025.
  2. Peserta yang berdaftar akan mula mengikuti kelas bermula 21 Julai 2025.
  3. Komitmen kelas hanya 1 hari seminggu, selama lebih kurang 1.5 jam.
  4. Peralatan turut disediakan oleh pihak MAHIR.

PARA PESERTA TEKUN MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA CIKGU- CIKGU MAHIR DAN MENYATAKAN MINAT UNTUK MENYERTAINYA.